ARTIKEL

Kuching City FC buru Wan Jamak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETELAH mendapatkan khidmat Irfan Bakti, Kuching City FC kini memburu bekas jurulatih Malaysia, Wan Jamak Wan Hassan, 63, untuk mengisi slot Pengarah Teknikal.

“Kami sedang berusaha untuk membawa Wan Jamak bersama kita (sebagai Pengarah Teknikal),” kata kemudi Kuching City, Fazzrudin Abdul Rahman.

“Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, kita yakin boleh membangunkan sukan bola sepak bukan sahaja untuk Kuching City FC, tetapi juga untuk Sarawak secara keseluruhan,” ujarnya.

Wan Jamak

Wan Jamak merupakan instruktur yang bertauliah untuk mengendalikan kursus jurulatih bagi Lesen C, B dan A.

“Dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kita boleh merancang untuk mengadakan kursus tersebut di Sarawak dan mudah untuk jurulatih kita menyertainya,” ujar Fazzrudin.

Selain memimpin pasukan Malaysia, Wan Jamak juga pernah membimbing pasukan Johor, Kedah, PKNS, Melaka dan Negeri Sembilan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU