ARTIKEL

Pemain Kuching City, Ramadhan (kanan) menggelecek pemain Selangor. Foto GHAZALI BUJANG

Kuching City, JDT rebut juara Piala FA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING City FC akan menentang Johor Darul Ta’azim pada aksi final Piala FA 2026/27 pada 16 Januari 2027.

KuchingvCity ke final setelah membenam Selangor FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin sebentar tadi yang disaksikan lebih 15,000 penonton.

Safawi Rashid membuka tirai jaringan pada minit ke-57 menerusi sepakan penalti. Aksi semakin rancak selepas itu apabila kedua-dua pasukan saling mengasak, terutama Kuching City.

Namun kedudukan kekal 1-0 hingga ke detik penamat, menyebabkan aksi diheret ke masa tambahan dengan agregat terikat 2-2.

Tuah menyebelahi Kuching City apabila pemain Selangor tertolak ke gawang sendiri pada minit ke-118, setelah cuba mengeluarkan bola lintang daripada pemain Kuching City.

Manakalah JDT ke final setelah membelasah Brunei DPMM 6-1 pada aksi kedua di Larkin. JDT menang dengan agregat 8-1.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU