ARTIKEL

Penyerang Inter Miami, Leo Messi (10), melakukan percubaan ke arah gawang ketika penjaga gol Charlotte, Kristijan Kahlina (1), dan pemain pertahanan Nathan Byrne (14) cuba menghalangnya pada separuh masa kedua perlawanan Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Miami, Florida, Amerika Syarikat, pada Sabtu, 7 Nov 2026. (Foto AP/Marta Lavandier)

Messi Cipta Sejarah, Pertahan Kasut Emas MLS Dua Musim Berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Bintang Argentina Lionel Messi mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi anugerah Kasut Emas Liga Bola Sepak Utama (MLS) dua musim berturut-turut, lapor PA Media/dpa.

Messi, 39, gagal menemui sasaran ketika Inter Miami seri 3-3 menentang Charlotte FC pada Sabtu, namun koleksi 26 gol sepanjang musim sudah cukup untuk membolehkannya muncul penjaring terbanyak liga.

Pencapaian itu menyaksikan beliau mengatasi penyerang FC Dallas, Petar Musa yang menjaringkan 22 gol, manakala pemain England Sam Surridge di tempat ketiga dengan 21 gol.

Kapten Argentina itu juga menjadi pemain keenam memenangi Kasut Emas MLS sebanyak dua kali, menyertai senarai yang turut menampilkan bekas penyerang Southampton Bradley Wright-Phillips serta bekas pemain sayap Everton dan Portsmouth, Preki.

Bagaimanapun, kecemerlangan Messi belum cukup untuk membantu Inter Miami menamatkan saingan di tangga teratas Persidangan Timur MLS apabila sekadar menduduki tempat kedua di belakang Nashville SC yang turut dibarisi Surridge.

Inter Miami seterusnya akan berdepan Columbus Crew dalam pusingan pertama playoff Piala MLS yang menggunakan format terbaik daripada tiga perlawanan.

Inter Miami muncul juara kejohanan itu musim lalu, ketika Messi turut merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) MLS buat kali kedua berturut-turut. – BERNAMA-PA MEDIA/dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Guru rugi RM12,160 terpedaya tawaran Cash Out SPayLater

MUKAH: Seorang guru mengalami kerugian RM12,160 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pengeluaran wang atau ‘Cash Out SPayLater’ yang diiklankan menerusi Facebook. Mangsa berusia 37 tahun