ARTIKEL

Mukah United, Sarikei FA U16 juara PYFCT 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Mukah United dan Sarikei FA U16 muncul juara kategori bawah 14 tahun (PSK 14) dan bawah 16 tahun (PSK 16) pada Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 Zon Mukah.

Mukah United menjuarai kategori PSK 14, diikuti Sarikei FA U14 di tempat kedua, manakala Mukah City menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori PSK 16, Sarikei FA U16 merangkul kejuaraan, manakala Cascara JR dan Mukah City masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Dalam perlawanan terakhir kategori PSK 14, Mukah United menutup kempen kejohanan dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas SMK Mukah.

AKSI….Aksi pemain Mukah United dan SMK Mukah pada perlawanan akhir PYFCT 2026 Zon Mukah di Stadium Mukah, hari ini.

Bagi anugerah individu, Muhammad Rizqi Zayyad Abdul Shurkriman dari Mukah United dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kategori PSK 14 selepas meledak 11 gol sepanjang kejohanan.

Aiman Hafizul Hasdi Susalman dari Sarikei FA U16 turut meraih gelaran penjaring terbanyak kategori PSK 16 dengan jumlah jaringan sama.

Anugerah Fair Play kategori PSK 14 diberikan kepada ASRM x Igan FC, manakala MJSB FC menerima pengiktirafan sama bagi kategori PSK 16.

Majlis sepak mula kejohanan disempurnakan Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip yang mewakili Residen Bahagian Mukah.

RAKAM KENANGAN….Tetamu kehormat merakam kenangan bersama peserta PYFCT.

Beliau turut menyempurnakan penyampaian hadiah, manakala majlis penutupan disempurnakan bersama Pengurus Besar Perhubungan dan Khidmat Nasihat Pihak Berkepentingan PETRONAS, Zulaihi M. Mantali yang mewakili Pengerusi Bersama PYFCT 2026 Edisi Mukah.

Hadir sama Penaung Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MUFA), Dr. Abdul Yakub Arbi dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak, ASP Khairul Anuar Adeni.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Guru rugi RM12,160 terpedaya tawaran Cash Out SPayLater

MUKAH: Seorang guru mengalami kerugian RM12,160 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pengeluaran wang atau ‘Cash Out SPayLater’ yang diiklankan menerusi Facebook. Mangsa berusia 37 tahun