ARTIKEL

BERSEMANGAT... Pemain Kuching City ketika sesi latihan semalam. - FOTO KC FC

Kuching City sedia beri tentangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memberi jaminan anak-anak buah akan memberi aksi terbaik apabila turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok (8:15 malam).

Meskipun sedar segalanya bukan mudah untuk mencipta kejutan apabila mengambil kira status tuan rumah yang masih gah dengan rekod tanpa kalah ketika ini.

Namun, Aidil tetap mengharap barisan kesebelasan utama yang bakal dipertaruhkan malam esok dapat menterjemah strategi yang akan diguna pakai untuk mengutip sebarang mata.

“Kita akan cuba sedaya upaya memberi tentangan kepada JDT sepanjang saingan malam esok, walaupun diketahui JDT adalah pasukan yang kuat,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Aidil akui kelebihan pasukan rumah beraksi di hadapan penyokong sendiri bukan gambaran boleh menyekat keinginan anak-anak buahnya.

“Saya percaya semangat pemain sedikit berbeza untuk perlawanan malam esok, dan tidak mustahil mereka dapat mencipta kejutan,” jelas Aidil.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU