ARTIKEL

Kuching FA menang 4-3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENDAHULU Liga M3, Kuching FA meneruskan rentak kemenangan setelah mengatasi Puchong Fuerza 4-3 dalam aksi sengit di Stadium MMU, Cyberjaya lewat petang tadi.

Mohd Yazid muncul wira Kuching FA apabila menjaringkan gol dalam masa kecederaan (minit ke-92).

Tiga lagi gol dijaringkan oleh Joseph Kallang Tie (dua gol) dan Hairol Mokhtar.

Kuching FA mendahului 3-1 pada babak pertama, namun Puchong bangkit hebat pada babak kedua dan menyamakan kedudukan 3-3 hingga minit ke-91.

Namun usaha gigih anak-anak buah Ideris Untong membuahkan hasil apabila menjaringkan gol yang dicari-cari dalam masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu, Kuching FA kekal kukuh di tangga teratas dan belum lagi terkalah dengan catatan 11 kemenangan dan dua seri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU