Kuching FA naik ke  Liga Premier 2020

PASUKAN Kuching FA akan bersaing dalam Liga Premier 2020 setelah menumbangkan pasukan Sarawak 3-1 dalam aksi play-off di Stadium Sarawak malam tadi yang disaksikan sekitar 12,000 penonton.

Gol-gol Kuching FA dijaringkan oleh Sahran Samad (minit kelapan), Hafis Saperi (minit ke-76) dan Joseph Kallang Tie minit ke-84.

Manakala gol tunggal Sarawak disumbangkan oleh pemain import, Hudson Dias pada minit ke-76.

Dalam aksi yang agak seimbang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang saingan, namun Kuching lebih tajam dari segi sentuhan penyudah.

Dengan keputusan itu juga, maka pasukan Sarawak akan diturunkan ke Liga M3 musim depan.

Ia merupakan kali pertama pasukan Sarawak beraksi dalam liga bawahan sejak 31 tahun.