ARTIKEL

Dzulazlan Ibrahim ketika memberikan arahan taktikal kepada pemain.

Kuching FA teruskan momentum kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching FA meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan ATM FA 2-0 hasil jaringan Mohammad Shafitri Salim pada minit ke-46 dan ke-63 dalam aksi minggu keenam Liga Premier Sarawak (LPS) 2026 di Stadium Mini Bau, semalam.

Ketua Jurulatih Kuching FA, Mohammad Dzulazlan Ibrahim berkata, fokus utama pasukan dalam setiap perlawanan adalah mengekalkan mentaliti juara dan tidak mudah menyerah.

Barisan kesebelasan utama Kuching FA menentang ATM FA di Stadium Mini Bau, semalam.

“Alhamdulillah, kejayaan semalam adalah satu tonik tambahan bagi pasukan untuk merealisasikan impian tahun ini untuk menjadi juara liga dan seterusnya menjadi juara Piala Premier Sarawak 2026.

“Fokus utama saya untuk pasukan setiap kali turun perlawanan adalah mentaliti juara dan jangan bolos; alhamdulillah, para pemain dapat mengekalkannya setakat ini dan pasukan masih belum bolos,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Dzulazlan berkata, aksi tersebut turut menguji kemampuan pemain apabila perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-18 susulan hujan lebat.

“Keadaan permukaan padang yang basah dan bertakung selepas perlawanan disambung semula turut mempengaruhi percaturan, tetapi itu bukan alasan.

“Barisan pemain dapat membiasakan diri dengan keadaan padang yang basah dan bertakung; alhamdulillah, kita dapat menjaringkan dua gol walaupun sepatutnya kita boleh menjaringkan lebih daripada itu,” katanya.

Dzulazlan berkata, semangat dan disiplin berpasukan turut menjadi asas utama untuk memastikan momentum kemenangan dapat dikekalkan, selain menuntut pemain terus berjuang sehingga wisel penamat.

“Strategi pasukan adalah semangat dan disiplin berpasukan; selagi wisel penamat belum dibunyikan, jangan putus asa,” katanya.

Beliau turut menyifatkan empat kemenangan berturut-turut itu hasil usaha dan kerja keras barisan kejurulatihan serta pemain ketika latihan dan perlawanan.

“Insya-Allah, tahniah kepada semua barisan jurulatih dan para pemain untuk kemenangan keempat berturut-turut ini atas usaha dan kerja keras mereka ketika latihan dan perlawanan sebenar.

“Berbaki dua perlawanan, saya ingatkan kepada pemain supaya sentiasa bekerja keras dan tidak ada istilah sambil lewa,” katanya.

Kuching FA selepas ini bakal meneruskan cabaran LPS 2026 dengan menentang Sri Aman FA pada 26 September di Padang Perumahan, Petra Jaya, jam 4 petang, dalam usaha mengekalkan rentak kemenangan serta rekod tanpa bolos mereka.

Tujuh gol dan masih menghitung… Shafitri Salim (kanan) kini di puncak carta penjaring terbanyak Liga Premier Sarawak 2026.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU