ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika delegasi Jabatan Arkib Negara mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini. F: UKAS

Kuching Jadi Tuan Rumah Persidangan Arkib Antarabangsa 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) 2027 yang juga merupakan satu pengiktirafan besar kepada Malaysia, khususnya Sarawak, dalam bidang pengurusan arkib dan warisan digital.

Pemilihan itu diumumkan ICA yang berpusat di Paris pada 28 Mei lalu, menewaskan pencalonan dari Bogota, Colombia, dan Johannesburg, Afrika Selatan.

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek berkata pengiktirafan itu merupakan penghormatan serta bukti keupayaan Malaysia menganjurkan persidangan bertaraf dunia.

“Kita pernah menjadi tuan rumah pada 2008 dengan lebih 1,000 peserta dari 109 negara. Kali ini sasaran kita juga melebihi 1,000 peserta walaupun minimum ditetapkan ICA ialah 700 hingga 800,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Tema persidangan pada 2027 ialah Memelihara Warisan Budaya dalam Era Digital (Preserving Cultural Heritage in the Digital Age) dengan fokus kepada pengurusan rekod elektronik dan pendekatan pendigitalan sebagai kaedah terbaik dalam penyimpanan serta penyebaran maklumat global.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli memberitahu Sarawak sedang membina bangunan arkib negeri baharu yang dijangka siap pertengahan 2026.

Katanya, bangunan tersebut bakal dilengkapi teknologi terkini termasuk Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS) berasaskan robotik untuk penyimpanan dan capaian bahan arkib.

“Dengan fasiliti moden ini, kita bukan sahaja dapat memelihara dokumen kerajaan dan warisan negara malah berkongsi kepakaran dengan komuniti arkivis antarabangsa,” ujarnya.

Persidangan itu dijangka menarik arkivis, pakar maklumat, pengkaji serta penggubal dasar dari seluruh dunia untuk membincangkan inovasi, cabaran dan masa depan bidang arkib dalam era digital.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak, Amelia Roziman, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Zaidin Mohd Noor serta wakil lain.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan