ARTIKEL

KE SEPARUH AKHIR...Pasukan Miri

Kuching, Miri ke separuh akhir Piala Tun Pehin Sri Abdul Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dua gergasi serba mantap Kuching dan Miri berjaya mengesah slot ke separuh akhir Pusingan Akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS Bawah 20 Tahun, Piala Tun Pehin Sri Abdul Taib 2023.

Ia berikutan kemenangan kedua diperoleh pilihan popular itu ke atas lawan masing-masing.

Kuching memastikan tiket ke separuh akhir selepas menumpaskan Sibu (4-1) pada perlawanan yang berlangsung di Padang KPSU Mukah.

Berbanding kemenangan tipis (1-0) diperoleh Miri ke atas Serian di Padang UiTM Mukah.

Dalam pada itu, nasib berbeza dialami dua lagi pasukan.

Sarikei yang turut mengidam kemenangan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri (2-2) menentang Bintulu ‘B’ di Stadium Mukah.

Sekali gus, perlu melangsai tugas dengan memastikan kemenangan apabila turun berdepan Kuching di Stadium Mukah petang esok jika mahu mara ke separuh akhir.

Sri Aman ‘B’ pula kembali membuka peluang mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Mukah ‘B’ di Padang Mesra MDDM dengan kemenangan tipis (2-1).

Bagaimanapun, tugas getir menanti Sri Aman ‘B’ apabila menentang Serian pada Khamis nanti.

Kedua-dua pasukan perlu menang jika mahu melayakkan diri ke separuh akhir. Andaikata perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri, maka slot tersebut akan menjadi milik Serian dengan kelebihan jaringan.

MENANG BESAR…Barisan pemain Kuching yang berjaya mara ke separuh akhir
DUA LAWAN SATU…Penyerang Bintulu ‘B’ (tengah) cuba melepaskan diri dari kawalan dua pemain Sarikei pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mukah. – FOTO MOHD. ZULKARNAIN MANTAIM

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU