ARTIKEL

Beberapa mercu tanda utama di Kuching bakal disinari cahaya merah pada malam Jumaat ini.

Kuching sambut Hari Talasemia Jumaat ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa mercu tanda utama di bandar raya ini akan disinari cahaya merah pada Jumaat ini, sebagai simbol sokongan dan kesedaran sempena sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2026.

Program itu akan berlangsung pada jam 7.30 malam melibatkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jambatan Darul Hana serta Jambatan Gantung Satok yang akan diterangi warna merah sebagai tanda solidariti terhadap pesakit talasemia.

Menurut Persatuan Talasemia Sarawak, usaha berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit talasemia selain menyokong advokasi berkaitan penyakit berkenaan di negeri ini.

“Penghargaan diberikan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) atas sokongan berterusan dalam usaha memperkukuh kesedaran secara menyeluruh di seluruh Kuching.

“Peranan DBKU amat penting dalam memastikan pelaksanaan pencahayaan di semua lokasi berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, persatuan tersebut turut menyediakan perkhidmatan kaunseling serta bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperluas kefahaman awam.

“Program pencahayaan ini bukan sahaja melambangkan sokongan kepada pesakit talasemia, malah menjadi langkah penting dalam memperkukuh pelibatan komuniti serta advokasi pencegahan penyakit.

“Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menyokong inisiatif tersebut dalam usaha menyemarakkan harapan serta memberi kekuatan kepada keluarga yang terjejas,” tambahnya.

Hari Talasemia Antarabangsa disambut setiap 8 Mei bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai penyakit tersebut selain menggalakkan kemajuan dalam penyelidikan, rawatan dan sokongan kepada pesakit.

Usaha advokasi di seluruh dunia turut memberi tumpuan kepada kesan penyakit itu terhadap pesakit dan keluarga serta kepentingan saringan awal dan pencegahan.

Talasemia merupakan penyakit darah genetik yang menjejaskan keupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin normal sehingga menyebabkan anemia, keletihan dan kelewatan perkembangan.

Penyakit ini lazim ditemui di rantau Mediterranean, Timur Tengah, Asia Tenggara dan sebahagian selatan China dengan pesakitnya memerlukan pemindahan darah sepanjang hayat dan jika tidak dirawat dengan baik boleh mengakibatkan komplikasi seperti lebihan zat besi dalam badan.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang