ARTIKEL

Gamvbar Fail

Kuching Tuan Rumah Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tumpuan industri halal antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2025 pada 22 Julai ini bertempat di Hotel The Waterfront.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Halal Development Corporation (HDC), Hanisofian Alias berkata, acara itu turut menghimpunkan pemimpin global, pemain industri serta penggubal dasar sempena Pameran Halal Antarabangsa Borneo 2026.

“Pemilihan Kuching sebagai tuan rumah mencerminkan peranan Sarawak yang semakin penting dalam pembangunan ekosistem halal di rantau ini.

“Dengan lebih 1,100 entiti bersijil halal yang aktif, Sarawak terus memperkukuh ekosistem halalnya merangkumi sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

“Ini sekali gus meletakkan Sarawak sebagai pintu masuk ke pasaran halal Borneo serta memperkukuh perdagangan rentas sempadan di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, malah menetapkan penanda aras bagi kecemerlangan, inovasi dan kemampanan dalam industri halal global.

“Dalam masa yang sama, mengiktiraf sumbangan signifikan para pemimpin, inovator dan perintis yang terus memacu pembangunan industri halal Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, penganjuran ini dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pemain industri halal dari dalam dan luar negara.

“Penyertaan delegasi antarabangsa akan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai ekonomi halal terkemuka dan rakan global yang diyakini,” tegasnya.

Acara tersebut dianjurkan oleh HDC dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan