ARTIKEL

Kucing jalanan turut dibantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Demi membantu kucing jalanan supaya tidak kelaparan, Kelab Kucing Jalanan Sarawak (SSCC) melancarkan Projek Amal mengumpul dana untuk memastikan haiwan jalanan itu tidak terabai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pengerusi SSCC Noor Baizura Mamat berkata, sejak 26 Mac lalu kelab itu giat mengumpul dana untuk membeli makanan kucing yang akan diagihkan kepada individu terpilih.

“Projek Amal ini telah lama dilakukan tetapi hanya difokuskan kepada beberapa tempat sasaran sahaja. “Sejak PKP dilaksanakan, banyak kedai makan ditutup jadi kita memperluaskan konsep Projek Amal ini ke sekitar Kuching, Samarahan dan Serian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak ketika sedang memberi kucing jalanan makan di Kubah Ria di sini, kelmarin.

Tambah Noor Baizura, kelab menetapkan beberapa stesen memberi kucing jalanan makan seperti di kawasan belakang kedai, tempat makan dan pasar tamu.

“Memandangkan pergerakan agak terbatas sekarang, kelab meminta bantuan daripada pencinta-pencinta kucing di kawasan lain untuk memberi haiwan jalanan ini makanan. Kelab akan membantu mereka membeli bekalan makanan menerusi Projek Amal.

“Setakat ini, kelab menerima RM1,250 sumbangan daripada orang awam untuk membeli makanan kucing yang akan diagihkan kepada beberapa stesen. “Malah, kita juga menerima tajaan makanan kucing dari Happy Cat. “Kita harap banyak lagi syarikat-syarikat makanan kucing yang lain turut menghulurkan bantuan,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, SSCC juga menjalankan kerjasama dengan kedai menjual makanan kucing dalam operasi pembelian. “Kita akan membeli makanan kucing atas talian. Selepas itu individu yang dipilih akan mengambil bekalanan makanan kucing dari kedai untuk diberikan kepada semua kucing jalanan di stesen tersebut.

“Tetapi di Serian kedai menjual makanan kucing agak terhad. Kelab akan menyalurkan dana supaya individu yang dipilih di sana boleh membeli makanan kucing sendiri, resit pembelian akan diberikan kepada saya,” jelasnya.

Oleh itu, beliau mengharapkan bantuan semua pihak tidak kira supaya membantu memberi kucing dan anjing jalanan makan agar haiwan itu tidak kelaparan.

“Contohnya, jika ketua keluarga membeli barang dapur atau urusan lain kalau ada makanan lebih boleh bawa dan bagi kepada kucing jalanan jika ada terjumpa mereka. “Seorang bagi sedikit pun tidak apa asalkan kucing itu tidak berlapar,” katanya.

\Orang ramai yang ingin menyumbang dana kepada SSCC menghulur bantuan kepada Projek Amal menerusi nombor akaun RHB 11116400174431 di bawah nama Noor Baizura Mamat dan atau Maybank 161190118046 – Delfieqa.

Projek Amal tersebut bukan hanya memberi makanan kepada kucing jalanan malah turut memberi anjing jalanan juga.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu