ARTIKEL

PENULARAN berterusan penyakit kudis buta dalam kalangan tahanan.

Kudis buta menular di penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH (Palestin): Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Ahad memberi amaran mengenai penularan berterusan penyakit kudis buta dalam kalangan tahanan di Penjara Ofer Israel di Tebing Barat yang diduduki, di tengah-tengah pengabaian rawatan perubatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu memaklumkan bahawa peguamnya melawat penjara berkenaan dan mengesahkan bahawa tahanan Palestin menderita akibat kudis buta selama beberapa bulan tanpa menerima sebarang rawatan perubatan.

Suruhanjaya itu, memetik peguamnya, merujuk kepada kes Asid Maarouf, seorang tahanan dari bandar Safa berhampiran Ramallah di tengah Tebing Barat, yang menderita kudis buta sejak kira-kira lima bulan lalu.

“Kedua-dua tangannya serta bahagian lain badannya dipenuhi lepuh, selain mengalami kegatalan teruk terutamanya pada waktu malam, tanpa menerima sebarang rawatan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut merujuk kepada kes Atta al-Barghuti, 18, dari bandar Beit Rima berhampiran Ramallah, yang turut menderita penyakit kudis buta.

“Situasi di dalam Penjara Ofer semakin teruk,” kata peguam itu sambil memaklumkan bahawa pihak pentadbiran penjara dengan sengaja mengalihkan tilam daripada tahanan ketika mereka tidur, memaksa mereka tidur hanya beralaskan pakaian sendiri.

Suruhanjaya itu turut merujuk kepada kes Fares Murra, dari bandar Beit Duqqu di utara Baitulmuqaddis Timur, yang menderita kudis buta serta kegatalan teruk, dan Muhammad Sharaka, 18, dari kem pelarian Jalazone berhampiran Ramallah, yang mengalami bisul pada tubuhnya.

“Tahanan kekurangan pakaian yang mencukupi kerana setiap tahanan hanya dibenarkan mempunyai pakaian yang dipakai pada tubuh mereka,” kata peguam itu.

Sejak bermulanya serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023, pihak berkuasa Israel meningkatkan pelanggaran hak serta tindakan menindas terhadap tahanan Palestin di penjara mereka.

Menurut organisasi hak asasi manusia Palestin, tindakan itu termasuk pengabaian rawatan perubatan, penyeksaan fizikal dan psikologi, pemeriksaan bogel, kebuluran serta rogol.

Israel menahan lebih 9,400 rakyat Palestin di penjaranya, termasuk 86 tahanan wanita dan 3,376 tahanan pentadbiran. Tel Aviv telah melakukan lebih 23,000 tangkapan sejak Oktober 2023, menurut organisasi hak asasi tahanan. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau