Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kuil Sikh bakal jadi tarikan pelancongan baharu di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
REPLIKA CEK… Abang Johari (tiga kiri) menyerahkan replika cek kepada Presiden Persatuan Kuil Sikh Sarawak Dr Kalwinder Singh Khaira (empat kiri) pada Majlis Pecah Tanah Pembesaran Bangunan Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid dekat sini, hari ini.
REPLIKA CEK… Abang Johari (tiga kiri) menyerahkan replika cek kepada Presiden Persatuan Kuil Sikh Sarawak Dr Kalwinder Singh Khaira (empat kiri) pada Majlis Pecah Tanah Pembesaran Bangunan Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid dekat sini, hari ini.

 

KUCHING: Kuil Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu di bandar raya Kuching.

Kuil yang wujud sejak awal tahun 1900-an itu pada permulaanya dibina dengan struktur kayu bakal menyaksikan pembesaran bangunan dengan pelbagai fasiliti baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan pelbagai kemudahan yang ada di sekitarnya termasuk kawasan sebelahnya bakal didirikan stesen utama Sistem Transit Aliran Ringan (ART), ia bakal menjadik tarikan utama.

“Ia juga akan menjadi kawasan komersial yang sangat penting khususnya dari segi pengangkutan awam.

“Sekiranya apabila pelawat datang dan mereka melihat kuil ini, sudah tentu mereka juga ingin berkunjung ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan perasmian Pecah Tanah Pembesaran Bangunan Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid dekat sini, hari ini.

Untuk rekod, pada 2019 sejumlah RM3.5 juta peruntukan telah diluluskan bagi projek pembesaran kuil tersebut, namun ia tidak mencukupi susulan peningkatan kos.

Majlis tersebut menyaksikan Abang Johari menyampaikan replika cek berjumlah RM1.5 juta sebagai peruntukan tambahan kepada projek pembesarannya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta wakil yang lain.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News