ARTIKEL

Kumpulan Baby aktif ragut dan curi tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Baby yang aktif dalam jenayah samun ragut, curi dalam bangunan dan kenderaan sejak tiga bulan lalu tumpas di tangan pihak polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ketujuh-tujuh ahli kumpulan yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita, berumur antara 23 hingga 30 tahun.

Mohd Azman menunjukkan motosikal yang digunakan oleh kumpulan Baby untuk meragut warga emas.

Katanya, mereka ditahan di lokasi yang berasingan di sekitar Kuching dan Padawan pada 6 Jun lalu.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan warga emas sebagai mangsa pada waktu awal pagi.

“Kumpulan ini bergiat aktif di Daerah Kuching, Kota Samarahan dan Padawan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah samun, curi dalam bangunan, curi kenderaan, curi dan dadah.

AKHIRNYA TUMPAS…Kumpulan Baby yang diketuai oleh seorang ketua dikenali sebagai Baby ditangkap 6 Jun lalu disekitar Daerah Kuching dan Padawan.

Tambahnya, pihak polis turut merampas sebuh motosikal yang dilaporkan hilang di Daerah Padawan selain merampas sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenama, empat buah kad bank dan 11 bilah senjata tajam daripda suspek.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes samun ragut, dua kes curi dalam bangunan dan satu kes curi motosikal,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, 380 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan masih dalam tahanan reman sehingga 17 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, setelah tempoh tahanan reman berakhir, kesemua kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Sarawak untuk arahan pertuduhan bagi suspek yang terlibat.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi