ARTIKEL

Ahsmon menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat tentang kecurian kenderaan kepada polis. | Foto: Ghazali Bujang

Kunci diubah suai, peranti teknologi tinggi modus operandi baharu sindiket curi kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengubahsuaian kunci dan penggunaan peranti berteknologi tinggi menjadi modus operandi baharu sindiket curi kenderaan di sekitar Bandaraya Kuching pada masa kini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, modus operandi ini digunakan penjenayah untuk mengakses kenderaan dengan mudah.

“Modus operandi mereka adalah mudah, mereka menggunakan kunci yang diubah suai untuk merosakkan kenderaan.

“Malah bagi kenderaan berteknologi tinggi, mereka akan melakukan sambungan untuk menghidupkan kenderaan menggunakan peranti khusus bagi mematikan Sistem Pengesanan Global (GPS) serta penggera keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di pekarangan Padang Kawad IPD Kuching di sini, petang tadi.

Selain itu, kata Ahsmon, kenderaan curi ini akan digunakan bagi kegunaan peribadi atau aktiviti harian penjenayah, diseludup keluar ke negara jiran, atau dijual di pasaran tempatan di Sarawak.

“Kenderaan yang dikenal pasti menjadi sasaran penjenayah adalah motosikal Yamaha LC, motosikal Honda C100, Perodua Kancil, Toyota Fortuner dan Toyota Hilux,” katanya.

Ashmon turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis sebaik berlaku aktiviti mencurigakan di mana-mana lokasi atau di tempat kediaman masing-masing.

“Kami memerlukan orang ramai untuk membantu kami menjayakan operasi ini, kerana maklumat daripada orang ramai penting untuk kami menangkap dan mengurangkan sindiket kecurian kenderaan.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai sindiket ini, boleh maklumkan kepada kami melalui telefon atau laman Facebook atau mana-mana IPD lain”, ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU