ARTIKEL

Kunjungan hormat delegasi Sarawak ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. GAMBAR: UKAS

Kunjungan hormat perkukuh autonomi pendidikan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kunjungan hormat delegasi Sarawak ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Dr Aminuddin Hassim memperkukuh autonomi pendidikan menerusi perbincangan Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datuk Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel mengetuai delegasi tersebut bagi membincangkan perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63, khususnya berkaitan autonomi pendidikan Sarawak dengan rujukan kepada pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Beliau menegaskan bahawa usaha memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat penting bagi mempersiapkan mereka menghadapi tuntutan teknologi pada masa hadapan.

Perbincangan itu turut memberi tumpuan kepada penyelarasan aspirasi pendidikan Sarawak dengan kerangka pendidikan kebangsaan sedia ada.

Lawatan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa pembangunan pendidikan di Sarawak.

Kerajaan Sarawak kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan dasar pendidikan yang dilaksanakan di Sarawak memberi manfaat kepada pelajar, memperkukuh kapasiti institusi serta menyokong pembangunan sosioekonomi jangka panjang.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datu Adana Jed; Penasihat Undang-Undang Kanan Negeri Dr Jady @ Zaidi Hassim; Ketua Bahagian Pendidikan Donald Henry serta Pegawai Undang-Undang Azreen Fasya Mohamad Abu Bakar.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk