ARTIKEL

RAZI Sitam serta tetamu lain merakam gambar kenangan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Serembang di sini, hari ini.

Kurikulum Persekolahan 2027: Perubahan besar struktur pendidikan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Kurikulum Persekolahan 2027 yang disifatkan sebagai harapan baharu pendidikan negara memberi penekanan dalam pembelajaran berasaskan kompetensi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ia akan menyaksikan perubahan besar dalam struktur pendidikan negara.

“Apabila Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia memberi penekanan kepada pembelajaran berasaskan kompetensi.

“Bukan hanya apa-apa yang murid tahu, tetapi apa-apa yang mereka mampu lakukan dengan ilmu.

“Ini termasuk penguasaan kemahiran digital dan teknologi dengan murid dilatih untuk menjadi pengguna yang beretika, kreatif dan produktif,” katanya.

ADUN Saribas itu berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Serembang di sini, hari ini.

Jelasnya, begitu juga penekanan kepada kemahiran abad ke-21, iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis akan terus menjadi keutamaan.

“Pembelajaran yang lebih fleksibel dan berpusatkan murid menjadikan murid bukan lagi pasif, tetapi aktif meneroka pengetahuan.

“Saya yakin SK Serembang, dengan kepimpinan yang cekap serta barisan guru yang berdedikasi akan berjaya mengadaptasi kurikulum baharu ini dengan cemerlang.

“Kita perlu melahirkan murid yang bukan sahaja lulus peperiksaan, tetapi mampu menghadapi masa depan dengan yakin dan berani,” ujarnya.

Dalam era globalisasi tambah Razi, semua menuntut generasi hari ini untuk menjadi individu yang lebih bijak, lebih kreatif dan lebih berdaya saing.

Pada majlis berkenaan sebanyak 48 murid diraikan.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.