Kursus risiko memberhaya terhadap ladang hutan di Sarawak

BINTULU: Seramai 50 orang peserta menghadiri kursus Risiko dan Ancaman Penyakit Memberhaya Terhadap Ladang Hutan di Sarawak bertempat di Hotel Promenade, di sini.

Kursus yang diadakan selama tiga hari bermula 16- 18 Julai ini merupakan anjuran bersama Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), dan Sarawak Timber Association (STA) dengan kerjasama Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

Peserta kursus terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dan STA termasuk dari kalangan perlesen-perlesen.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang kursus seperti pembentangan kertas kerja berkaitan dengan Pengenalan dan Pengecaman Penyakit – Penyakit Pokok, Penyakit dan Serangan – serangga Perosak di Sarawak, Aerial Surveillance Method of Detecting anomalies in Planted Forest in Sarawak, Pengurusan Penyakit dan Perosak serta Pengendalian Racun Perosak yang disampaikan oleh Pemelihara Hutan Jabatan Hutan Sarawak, Dr Affendi Suhaili.

Pembentangan kertas kerja berkaitan dengan Survei, Penilaian dan Pemantauan, dan Pemencilan sampel Penyakit dan Penghasilan Bahan Tanaman Berkualiti turut diadakan.

Peserta turut didedahkan dalam  tugasan kerja kumpulan  seperti penubuhan plot, pengecaman penyakit dan perosak, penilaian penyakit dan perosak dan pengambilan sampel penyakit atau perosak, analisa data dan Pembentangan tugasan dalam kumpulan.

Peserta Kursus Risiko dan Ancaman Penyakit Memberhaya Terhadap Ladang Hutan di Sarawak.
Dr. Affendi membentangkan kertas kerja bertajuk: Aerial Surveillance Method of Detecting Anomalies in Planted Forest in Sarawak.
Peserta kursus menjalankan tugasan di lapangan.

Suara Sarawak