ARTIKEL

Kutipan cukai bantu rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengutip cukai berjumlah RM28.13 bilion setakat 17 julai 2023, 3.6 peratus lebih tinggi berbanding kutipan tempoh sama 2022 berjumlah RM27.16 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata hasil kutipan yang lebih tinggi itu membolehkan kerajaan merencana pelbagai bantuan tambahan kepada rakyat.

“Dengan kutipan yang lebih tinggi, pelbagai bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Untuk lanjutan SARA pula, kita tunggu pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini.

Kita mengharapkan ia akan dilanjutkan untuk membantu rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Program ‘Handholding Indirect Tax & Voluntary Disclosure (VDP)’ di sini, semalam.

Sementara itu, Ahmad berkata, penyaluran SARA bukannya ‘gula-gula’ politik untuk Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Jika nak kata ini ‘gula-gula’, hari ini belum lagi tempoh 29 Julai hingga 12 Ogos (kempen PRN), saya kira tiadalah pengumuman seperti ini dalam tempoh itu.

“Kita umum awal sebelum tarikh itu (kempen PRN). Kalau orang nak kata itu ‘gula-gula’ sebenarnya kita sudah umum awal iaitu pada 24 Februari lalu (Belanjawan 2023),” katanya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam berkata, lebih 210,000 Penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih bakal menerima SARA mulai semalam.

SARA adalah sumbangan tunai RM100 sebulan dengan jumlah keseluruhan RM600 bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Sesi Libat Urus Belanjawan 2024, Jumaat lalu.

Penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula pada 7 Ogos tetapi bantuan disalurkan sekali gus RM600 yang dikreditkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu