ARTIKEL

Guru pengiring bersama-sama para peserta yang mewakili KV Kuching menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa

KV Kuching raih emas, gangsa dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kolej Vokasional (KV) Kuching berjaya melakar kejayaan apabila berjaya meraih pingat emas, pingat gangsa, serta Anugerah Khas sempena Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa.

Menurut satu kenyataan daripada KV Kuching, pertandingan tersebut telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 hingga 24 Februari lalu, diiringi dua orang guru pengiring iaitu Albert Tajo Miva dan Tang Tien Mee.

Tang Tien Mee dan Albert Tavo selaku guru pengiring menunjukkan pingat dan anugerah yang telah berjaya diterima

“Penyertaan para pelajar yang mewakili KV Kuching adalah melalui kategori Asian Youth Innovation Award yang melibatkan pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Tahun 1 Semester 2 Program Seni Kulinari.

“Dalam pertandingan tersebut, dua Kumpulan pelajar Program Seni Kulinari telah mempertandingkan hasil produk dan inovasi masing-masing,” katanya.

KV Kuching mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian geran oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Sweet Memories selaku penaja, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KV Kuching yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan tersebut.

Antara pingat yang berjaya diraih oleh KV Kuching

Pada masa sama, KV Kuching juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengarah Cemerlang KV Kuching serta seluruh warga kolej berkenaan atas sokongan dan iringan doa sehingga kejayaan tersebut berjaya diraih.

Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa itu telah melibatkan lebih kurang 14 buah negara termasuk Malaysia, China, Saudi Arabia, Vietnam, Hong Kong, Azerbaijan, Taiwan, Thailand, Indonesia, Singapura dan Poland.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan