ARTIKEL

This aerial picture shows the newly built floating solar power plant on the water that can generate 192 mega watts of peak electricity in cooperation between the Indonesian government and Masdar from the UAE, at Cirata Reservoir, West Java, on November 9, 2023, shortly before being inaugurated by President Joko Widodo. (Photo by BAY ISMOYO / AFP)

Ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CIRATA: Indonesia merasmikan ladang solar terapung bernilai AS$100 juta pada Khamis, yang terbesar di Asia Tenggara dalam usahanya mencari lebih banyak peluang untuk beralih kepada tenaga hijau yang boleh diperbaharui.

Ladang solar terapung Cirata, yang dijangka menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan 50,000 isi rumah, dibina di atas takungan seluas 200 hektar (500 ekar) di Jawa Barat, sekitar 130 kilometer dari ibu negara, Jakarta.

“Hari ini adalah hari bersejarah, kerana impian besar kami untuk membina loji tenaga boleh diperbaharui secara besar-besaran akhirnya tercapai,” kata Presiden Joko Widodo atau Jokowi dalam ucapan sempena sambutan itu.

“Kami berjaya membina ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara dan yang ketiga terbesar di dunia,” katanya.

Projek itu merupakan kerjasama antara syarikat elektrik nasional Indonesia, Perusahaan Listrik Negara (PLN) dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui yang berpangkalan di Abu Dhabi, Masdar, mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan menelan belanja sekitar AS$100 juta.

Terletak di kawasan hijau yang subur dan dikelilingi sawah padi, ladang solar yang dibiayai oleh Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Societe Generale dan Standard Chartered itu terdiri daripada 340,000 panel.

Pada puncak 192 megawatt (MWp), ladang itu kini menjana kuasa mencukupi untuk membekalkan elektrik bagi kawasan Cirata.

Jokowi berkata, projek itu bakal diperluaskan kepada 500 MWp, manakala PLN berkata, ia akhirnya dapat menjana sebanyak 1,000 MWp.

Kerajaan Indonesia berkata, ia cuba mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2060.

Selain itu, Indonesia juga cuba mencapai pelepasan sektor kuasa sifar bersih menjelang 2050 sebagai balasan untuk pembiayaan pelan Perkongsian Peralihan Tenaga (JETP) bernilai AS$20 bilion.

Di bawah rancangan itu, Jakarta berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon sektor tenaganya kepada puncak 250 juta tan metrik menjelang 2030.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU