ARTIKEL

Lagu dakwah wadah sebarkan mesej Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bakat seni suara bukan sekadar untuk hiburan, malah boleh menjadi wadah menyampaikan mesej Islam menerusi Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 2026.

Pertandingan anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi Pusat Penerangan Islam diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Seni Sarawak.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak berusia 13 hingga 60 tahun, dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga enam peserta lelaki atau perempuan.

Sesi uji bakat mengikut zon bermula di Limbang pada 17 Oktober, diikuti Miri pada 19 Oktober, Sibu pada 21 Oktober dan Kuching pada 23 Oktober.

Uji bakat Zon Utara di Limbang akan berlangsung di Hotel Purnama, manakala lokasi di Miri dan Sibu akan dimaklumkan kemudian. Bagi Zon Selatan, uji bakat diadakan di Pusat Penerangan Islam, Majlis Islam Sarawak, Kuching.

Enam kumpulan terbaik daripada sesi uji bakat akan dipilih untuk berentap di peringkat akhir, manakala tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Oktober, jam 12 tengah hari.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan syarat, peraturan dan borang penyertaan menerusi borang rasmi Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah.

Pertandingan berkenaan diharap menjadi platform kepada bakat tempatan untuk mengangkat seni suara sebagai medium dakwah, sekali gus menyemarakkan penghayatan Islam menerusi karya muzik.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi