ARTIKEL

Screenshot

Lagu SAL PRIADI raih pencalonan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Sal Priadi, menarik perhatian apabila lagu tema  lem Monster Pabrik Rambut berjudul Kepala, Pundak, Kerja Lagi menerima pencalonan dalam dua anugerah berprestij.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Sal berkongsi lagu hasil penulisannya bersama-sama penerbit muzik Atsy itu tercalon bagi kategori produksi lagu tema pada Festival Filem Indonesia (FFI) dan Anugerah Muzik Indonesia (AMI).

Di sebalik pencalonan itu, lagu berkenaan bukan sekadar karya untuk mengiringi filem, sebaliknya membawa kritikan terhadap kehidupan manusia yang semakin terikat dengan tuntutan pekerjaan, produktiviti dan pencapaian.

Menurut Sal, lagu kanak-kanak popular Kepala, Pundak, Lutut, Kaki menjadi inspirasi kepada penghasilan karya itu, namun diolah dengan pendekatan berbeza bagi menyampaikan mesej mengenai kedudukan manusia dalam sistem pekerjaan.

“Lagu ini mengingatkan saya tentang bagaimana tubuh manusia pernah dikenali, dipelajari dan diraikan dengan penuh kegembiraan.

“Namun, ketika menghasilkan lagu tema untuk Monster Pabrik Rambut, saya melihat bagaimana tubuh yang sepatutnya diraikan boleh berubah menjadi sekadar alat pengeluaran,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Tambahnya, manusia semakin dianggap sebagai bahan mentah, angka, sasaran dan laporan, sedangkan mereka terus diminta mempercayai bahawa segala-galanya sedang menuju ke arah kemajuan.

Keadaan itu, menurutnya, menyebabkan kesilapan dianggap sebagai gangguan teknikal, manakala penderitaan manusia seolah-olah perlu diterima sebagai harga yang harus dibayar demi mencapai kejayaan.

Dalam pada itu, Sal membangkitkan persoalan tentang makna sebenar kemajuan, termasuk siapa yang menikmati hasilnya dan siapa pula yang terpaksa menanggung akibat daripada sistem berkenaan.

Beliau berharap sistem yang menjadi sandaran manusia untuk meneruskan kehidupan dapat berfungsi demi kesejahteraan bersama, bukannya mengorbankan mereka bagi memenuhi sasaran kejayaan pihak tertentu.

Mesej tersebut turut diterjemahkan menerusi lirik lagu yang menyindir budaya kerja yang tidak berkesudahan serta janji kemajuan yang belum tentu dapat dinikmati oleh semua pihak.

Antara bait lirik yang mencuri perhatian ialah “Kepala, pundak, kerja lagi lagi lagi”, sebelum lagu itu diakhiri dengan ungkapan “Bebas, aku ingin bebas” yang menggambarkan keinginan manusia untuk melepaskan diri daripada tekanan sistem.

BERITA LAIN

Bella gementar nyanyi lagu baharu depan suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi kejutan kepada suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan mendendangkan lagu gubahan khas pada resepsi perkahwinan mereka

Naykilla gegar ITOK FEST

“Kamu itu my mine gueh, kamu bukan main-mainan gue, kamu buat aku jadi pusing meleleh, pilih aku, pilih satu, yang lain enggak boleh.” Petikan lirik

BERITA TERBARU

SEKALI MAIN,MAHU LAGI

‘ BAH, pisak pickleball abei itou!’ — pelawaan ringkas yang membawa maksud ‘Jom, main pickleball petang ini!’ pada mulanya mungkin kedengaran biasa, tetapi menjadi lebih

MANGGUNG DI MUARA bawa dimensi baharu

KEJAYAAN menghimpunkan lebih 4,000 peminat menerusi konsert A Night With Andmesh di Stadium Perpaduan pada November tahun lalu membuktikan Kuching mempunyai potensi besar sebagai lokasi