ARTIKEL

FOTO INSTAGRAM | naykilla

Naykilla gegar ITOK FEST

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Kamu itu my mine gueh, kamu bukan main-mainan gue, kamu buat aku jadi pusing meleleh, pilih aku, pilih satu, yang lain enggak boleh.”

Petikan lirik yang cukup sinonim dengan penyanyi Indonesia, Naykilla, itu bakal bergema di Kuching apabila beliau diumumkan sebagai artis jemputan khas ITOK FEST yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2027.

Pengumuman itu pastinya menambah keterujaan peminat yang menantikan peluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi berkenaan secara langsung di pekarangan Stadium Sarawak, Petra Jaya.

ITOK FEST sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober lalu, namun terpaksa ditunda berikutan keadaan jerubu di Kuching.

Selain Naykilla, ITOK FEST turut menampilkan barisan artis lain, termasuk Silet Open Up, Warga Kopo, Naki, Robokop, Drasska, Ziji Q dan DJ Rocatz yang bakal berkongsi pentas dalam festival muzik berkenaan.

Kehadiran barisan penghibur itu dijangka memberikan pengalaman hiburan yang lebih mewah kepada pengunjung menerusi persembahan pelbagai artis dalam satu acara.

Dalam perkembangan berkenaan, pihak penganjur menjelaskan bahawa pas Super VVIP Meet & Greet tidak ternaikung sesi bertemu peminat bersama Naykilla. Bagaimanapun, pemegang pas masih berpeluang menyertai sesi Meet & Greet bersama-sama barisan artis utama yang lain, selain menikmati akses ke kawasan paling hadapan untuk menyaksikan persembahan.

Sementara itu, jualan tiket ITOK FEST dibuka semula susulan penjadualan semula festival berkenaan. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Naykilla dan barisan artis lain boleh mendapatkan tiket secara dalam talian menerusi platform Ticket2U bagi ITOK FEST.

BERITA LAIN

Konsert solo Hijjaz di Istana Budaya habis terjual

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid legenda, Hijjaz mengubati kerinduan peminat selepas hampir tiga dekad bertapak dalam industri seni menerusi penganjuran konsert solo, Hijjaz 3 Dekad: Rindu

Insomniacks lancar album studio

SELEPAS lebih sedekad membina nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan pop rock Malaysia, Insomniacks, bakal melakar satu lagi pencapaian menerusi pelancaran album studio sulung mereka,

BERITA TERBARU

Protes Paris kian meruncing

PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan mengunakan pentat terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis yang membantah pada hari

Resipi warisan jana pendapatan

SARIKEI: Aroma ayam yang diperap dengan rempah istimewa sebelum dipanggung sempurna, menjadi tarikan utama Ayam Panggung Dol & Son, perniagaan keluarga yang mula beroperasi di