ARTIKEL

AYAM Panggang Dol & Son berhampiran Wisma Jubli Sarikei.

Resipi warisan jana pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Aroma ayam yang diperap dengan rempah istimewa sebelum dipanggung sempurna, menjadi tarikan utama Ayam Panggung Dol & Son, perniagaan keluarga yang mula beroperasi di Terminal Stesen Bas Sarikei pada 1996.

Kini, perniagaan itu diteruskan oleh Mohamad Raziman Abdullah, 35, yang mengambil alih tanggungjawab mengusahakannya daripada bapanya, Abang Dolah.

Bagi Raziman, meneruskan perniagaan itu bukan sekadar mengekalkan sumber pendapatan keluarga, malah menjadi amanah untuk mempertahankan cita rasa yang sejak lama menjadi pilihan pelanggan.

Bagaimanapun, perjalanan mengusahakan perniagaan itu bukan mudah apabila beliau berdepan cabaran memperkenalkan semula jenama berkenaan kepada pelanggan, terutamanya pada peringkat awal apabila jualan hanya sekitar 10 ekor ayam sehari.

“Sambutan yang perlahan ketika itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus bertahan. Sebaliknya, keadaan itu menjadi pendorong untuk saya berusaha memperkukuh perniagaan yang diwarisi daripada ayah,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Berkat kesabaran dan usaha berterusan, Raziman berjaya meneruskan operasi perniagaan itu di tapak terhampir berhampiran Wisma Jubli Mutiara, Sarikei, sekali gus memastikan legasi keluarganya terus bertahan.

“Alhamdulillah, saya mampu bertahan hingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, keistimewaan ayam panggung berkenaan terletak pada ramuan rempah khas yang diolah sendiri oleh bapanya sejak perniagaan itu mula beroperasi.

Resipi berkenaan terus dikenalkan bagi memastikan keaslian rasa yang menjadi identiti Dol & Son, manakala sos pencencah istimewa melengkapkan hidangan dan menambah keanakannya.

Selain mendapat sambutan penduduk tempatan, ayam panggung itu turut mempunyai pelanggan dari Sibu, Jerijeh, Belawai dan Bintangor, sekali gus membuktikan daya tarikan perniagaan berkenaan merentasi kawasan Sarikei.

Bagi memperluas pasaran dan mendekati lebih ramai pelanggan, Raziman turut menyertai pelbagai pesta serta acara di sekitar Sarikei dan kawasan berhampiran.

“Pada bulan Ramadan, saya turut menyertai bazar Ramadan untuk menawarkan ayam panggung kepada pengunjung yang mencari pilihan juadah berbuka puasa,” katanya.

Ayam Panggung Dol & Son beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan hidangan itu untuk dinikmati bersama keluarga.

Bagi Raziman, meneruskan perniagaan keluarga itu membawa makna yang cukup besar kerana beliau bukan sahaja menyambung usaha bapanya, malah turut memelihara resipi warisan yang menjadi identiti keluarga mereka.

“Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus memberikan sokongan sehingga kami mampu bertahan hingga kini,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak pemangkin baharu industri coklat negara

MELAKA: Sarawak berpotensi memperkukuh industri koko negara menerusi peluasan kawasan penanaman dan penghasilan produk coklat bernilai tambah tinggi, sekali gus membantu mengurangkan jurang bekalan biji

Tingkatkan pendapatan rakyat Sarawak

KUCHING: Status Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah supaya kemajuan ekonomi yang dicapai turut membawa perubahan nyata kepada kehidupan

BERITA TERBARU

Protes Paris kian meruncing

PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan mengunakan pentat terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis yang membantah pada hari

Naykilla gegar ITOK FEST

“Kamu itu my mine gueh, kamu bukan main-mainan gue, kamu buat aku jadi pusing meleleh, pilih aku, pilih satu, yang lain enggak boleh.” Petikan lirik