ARTIKEL

Fauziah memukul gong sebagai simbolik Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak, di sini, pagi tadi. Foto: Astana Negeri SarawakI

Lahirkan generasi muda berilmu, berdaya saing, berjiwa seni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 diyakini mampu melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan berjiwa seni.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menerusi kenyataan berkata, usaha tersebut penting untuk memastikan masa hadapan negeri dan negara yang lebih cemerlang.

“Kita menyambut baik inisiatif Pustaka Negeri Sarawak yang konsisten dalam memupuk budaya membaca sejak usia muda.

“Ini termasuk menyediakan wadah untuk anak-anak menyalurkan bakat seni serta kreativiti,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Terdahulu, Toh Puan berkenan menghadiri Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 yang diadakan di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak, di sini, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli, sebelum diserikan dengan persembahan menarik.

Kemuncak acara menyaksikan Perasmian Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0, yang disempurnakan oleh Toh Puan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya membaca serta mengangkat bakat seni dan kreativiti generasi muda.

Usai perasmian, Toh Puan turut meluangkan masa meninjau pameran hasil seni kanak-kanak sebelum merakamkan gambar kenangan bersama dif kenamaan.

Beliau kemudiannya berkesempatan melawat beberapa ruang Pustaka Negeri, termasuk Bilik Akhbar (Newspaper Room), sebelum menghadiri jamuan tengah hari.

Sekitar rakaman kenangan ketika Fauziah hadir ke program tersebut. Foto: Astana Negeri Sarawak

BERITA LAIN

BERITA TERBARU