ARTIKEL

Gambar hiasan

Lahirkan tenaga kerja penuhi keperluan industri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini melihat kepada bidang seperti elektrik dan elektronik (E&E) dan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan industri.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata terdapat permintaan tinggi dalam bidang itu yang memerlukan IPT memainkan peranan dengan melahirkan tenaga kerja berkemahiran.

“Kita hanya mempunyai kapasiti sekitar 5,000 sahaja (graduan dalam bidang E&E), maka universiti kena melihat juga dari segi keperluan industri sebegini.

Dalam masa yang sama saya menekankan keperluan universiti termasuk kolej untuk melihat dari segi potensi dunia pendidikan pada hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang AI yang sekarang ini merupakan satu bidang yang perlu diberikan perhatian oleh semua universiti bagi memenuhi keperluan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program libat urus Menteri Pendidikan Tinggi bersama perwakilan negara luar di sini semalam.

Zambry berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan naib canselor universiti bagi membincangkan perkara tersebut.

Tengku Zafrul sebelum ini dilapor berkata tenaga kerja mahir seperti dalam sektor E&E memerlukan 50,000 jurutera sedangkan IPT negara ini cuma menghasilkan 5,000 graduan setahun dalam bidang tersebut.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan