ARTIKEL

LAK gerak lori tangki air ke kawasan terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Air Kuching (LAK) akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas ekoran kerja baik pulih paip utama jenis paip keluli lembut dilapisi simen (MSCL) berdiameter 1400mm di Jalan Highfields Light Industrial, berhampiran Jalan Batu Kawa, di sini.

LAK memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih tersebut dijadual bermula pada 9 malam, 11 Julai (Jumaat) dan dijangka siap pada 7 pagi, 12 Julai (Sabtu).

Katanya, sepanjang tempoh pemulihan, pengguna diminta untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku gangguan seperti udara terperangkap di dalam paip (airlock) dan air keruh.

“LAK akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas bagi membekalkan air alternatif dan pengguna juga dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja baik pulih bermula.

“Kami juga komited untuk memulihkan sistem dengan gangguan yang minimum dan akan terus memantau perkembangan kerja-kerja ini dengan teliti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Jalan Matang (Kubah Ria ke Batu 9), Taman Sri Harmoni, Jalan Sungai Tengah, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahudin, Jalan Demak, Jalan Bako, Muara Tebas, Petra Jaya dan beberapa kawasan di bawah perkhidmatan JBALB.

Menjelas lanjut LAK memaklumkan bahawa ia merupakan cubaan ketiga untuk melaksanakan kerja baik pulih kekal ke atas paip kritikal yang berusia lebih 30 tahun dan membekalkan kira-kira 170 juta liter air sehari (MLD) — iaitu sekitar 20 peratus daripada jumlah pengeluaran air terawat harian Kuching sebanyak 778 MLD.

“Paip yang terjejas ini membekalkan air ke kawasan utama termasuk Matang Jaya, Petra Jaya, Demak Laut, Semariang, kawasan-kawasan di bawah perkhidmatan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan komuniti sekitar,” ujarnya.

KWB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam atas kesabaran dan kefahaman sepanjang tempoh pemulihan infrastruktur kritikal ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU