ARTIKEL

Iskandar menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan LAKIB kepada wakil penerima.

LAKIB bantu 873 penerima menerusi bantuan kebajikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 873 individu menerima bantuan perubatan dan pendidikan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) sepanjang tahun ini, dengan 763 daripadanya merupakan pelajar.

Pengerusi LAKIB, Iskandar Turkee berkata, daripada jumlah itu, seramai 110 individu menerima bantuan perubatan, manakala 763 pelajar mendapat bantuan pendidikan.

Iskandar merakam gambar kenangan bersama wakil penerima bantuan pendidikan LAKIB.

Beliau berkata, penyaluran bantuan itu mencerminkan komitmen LAKIB dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam di Bintulu, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, bantuan pendidikan membantu keluarga penerima menampung keperluan persekolahan anak-anak, selain memastikan kekangan kewangan tidak menjejaskan peluang mereka mendapatkan pendidikan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Pendidikan LAKIB bagi sesi Julai hingga Disember 2026, di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 25 pelajar menerima sumbangan bantuan pendidikan yang disampaikan sendiri oleh Iskandar.

Dalam pada itu, beliau berkata LAKIB turut menyalurkan bantuan perubatan kepada individu yang memerlukan sokongan kewangan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, pendekatan kebajikan yang merangkumi bidang pendidikan dan kesihatan itu membolehkan bantuan disalurkan mengikut keperluan masyarakat setempat.

LAKIB akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan bagi memastikan golongan memerlukan mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU