ARTIKEL

Abang Johari bersama pelajar sekolah ketika lawatan (UKAS)

LAKMNS ambil alih ekuiti Lubuk Tiara Sdn. Bhd.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) kini memegang hampir keseluruhan ekuiti dalam Lubuk Tiara Sdn. Bhd. susulan proses penyusunan semula syarikat berkenaan.

Abang Johari bersama pelajar sekolah ketika lawatan (UKAS)

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Rahman Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut melibatkan pengambilalihan kepentingan yang sebelum ini dipegang Rimbunan Hijau.

“Baru-baru ini kita melaksanakan penyusunan semula syarikat dan melalui proses itu, LAKMNS telah mengambil alih kepentingan tersebut.

“Ini bermakna keseluruhan operasi kini berada di bawah Lubuk Tiara, dengan ekuitinya hampir sepenuhnya dimiliki lembaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja rasmi ke Lubuk Tiara Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Menurut Premier, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat, termasuk inisiatif yang mampu memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

“Operasi tidak harus bergantung kepada kelapa sawit semata-mata.

“Kita boleh meneroka usaha lain seperti pengeluaran produk sampingan berasaskan biojisim, tanaman alternatif, inisiatif ekonomi hijau, serta peluang ekonomi kitaran,” ujarnya.

Beliau memberi contoh bahawa sisa sawit boleh diproses secara lestari dan dijadikan makanan ternakan.

Tambahnya, usaha itu mampu membuka ruang pendapatan tambahan kepada penduduk berhampiran melalui aktiviti penternakan.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil; Residen Bahagian Miri, Galong Luang; serta Pengarah Urusan Lubuk Tiara Sdn. Bhd., Kaunselor Drahman Jaladin.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium