ARTIKEL

Lakonan Farid Kamil sentuh perasaan Anwar Ibrahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMAI rakyat Malaysia ternanti-nanti filem Anwar The Untold Story yang mengisahkan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1993 hingga 1998.

Pelakon, Farid Kamil yang membawa watak sebagai Anwar mendapat pujian Anwar kerana berjaya menggalas watak tersebut dengan cemerlang.

Beliau mengakui kebolehan Farid Kamil berlakon, malah berasa terharu kerana dapat mengimbau kembali momen penting dalam hidupnya selepas menonton tayangan perdana filem tersebut.

Pada masa sama, beliau turut memuji pengarah filem tersebut iaitu sutradara Indonesia, Viva Westi yang baginya hebat dalam menterjemahkan semua sejarah penting selama 23 tahun kepada sebuah filem berdurasi 90 minit.

Ia merupakan momen penting untuk diceritakan dan Viva mampu memberikan pemahaman lebih mudah kepada penonton terutama dalam kalangan generasi muda. 

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah