ARTIKEL

Laluan baharu BAS.MY Kuching dari Saujana ke Taman Malihah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak mengumumkan pelancaran laluan baharu Bas.My Kuching Q01 yang menghubungkan Saujana ke Taman Malihah.

Laluan itu diperkenalkan bagi meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan kepada penduduk serta pengguna sepanjang koridor tersibuk di Kuching tersebut.

Sepanjang laluan ini, bas berhenti di lokasi penting termasuk Wisma Satok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya, Emart Matang dan Taman Malihah, sekali gus memudahkan orang ramai ke tempat kerja, sekolah atau menjalankan urusan harian tanpa tekanan kesesakan lalu lintas atau masalah parkir.

LPKP Sarawak menetapkan jadual perjalanan setiap 30 minit pada waktu puncak hari bekerja, iaitu dari 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dari 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Tambang pula mampu milik dan berdasarkan jarak perjalanan, iaitu antara RM0.90 hingga RM2.30. Seperti biasa, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar boleh menikmati perjalanan percuma dengan mendaftar dan memiliki kad konsesi Bas.MyKuching.

Bagi orang awam, pas bulanan My50 turut ditawarkan dengan harga RM50 untuk perjalanan tanpa had selama 30 hari di semua laluan Bas.MyKuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU