Laluan baru Pusingan ‘U’ dibina di Kota Sentosa

KUCHING: Satu pusingan U akan dibuka di bawah Jejambat Batu 7, Kota Sentosa bagi melancarkan aliran trafik dari arah Serian menghala ke bandaraya.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata, laluan pusingan U tersebut sedang dalam pembinaan dan penambahbaikan.

Khere Chiang memberitahu, laluan tersebut dijangka siap dan dibuka kepada pengguna jalanraya pada Mei ini.

“Ini adalah penyelesaian yang kekal, bukan penyelesaian sementara, pusingan U ini sama seperti di City One (Jalan Tun Jugah).

“Apabila dibuka nanti, ia akan membantu mengurangkan aliran trafik di sini, kita tidak perlu lagi menunggu di lampu isyarat untuk membuat pusingan U,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek jejambat Batu 7, Kota Sentosa, hari ini.

Laluan pusingan U yang akan siap pada Mei nanti bagi melancarkan aliran trafik.

Suara Sarawak