ARTIKEL

Laluan Bau–Tondong Dinaik Taraf, Kos Cecah RM40 Juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Laluan utama dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bau ke Jambatan Tondong bakal dinaik taraf dengan anggaran kos RM40 juta dalam masa terdekat.

Projek ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, khususnya penduduk yang berulang-alik ke Kuching dan Pekan Bau.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, laluan Sebuku kini menjadi nadi utama penduduk sejak siapnya Jambatan Tondong.

“Namun, jalan sedia ada semakin sempit dan tidak lagi mampu menampung pertambahan jumlah kenderaan. Jalan yang lebih besar perlu dibina supaya tidak mudah ditenggelami banjir dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kuih Bulan anjuran JKKK Kawasan Sebuku di Dewan SJK(C) Chung Hua Sebuku di sini, semalam.

Tambah beliau, kos yang tinggi dijangka mencecah RM40 juta berikutan kenaikan harga bahan binaan dan skop kerja yang besar.

“Pun begitu, sementara menunggu pelaksanaan penuh projek tersebut, kita akan menggunakan dana sedia ada untuk kerja penambahbaikan jalan secara berperingkat.

“Selain itu, penurapan jalan ke rumah penduduk akan dibincangkan bersama Majlis Daerah Bau bagi tindakan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, pembinaan dewan baharu untuk masyarakat Sebuku dan Taiton turut menjadi keutamaan.

“Usaha sedang giat dijalankan di Taiton bagi membuka jalan baharu sebagai persediaan menyambung bekalan air bersih, elektrik dan kemudahan dewan.

“Oleh itu, saya menyeru penduduk Sebuku agar menyediakan tapak sesuai untuk projek pembinaan dewan serta memberi sokongan kepada usaha menaik taraf jalan apabila diluluskan kelak,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU