ARTIKEL

Laluan sukar tunggu tiga wakil Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIGA wakil Sarawak bakal menghadapi tugas berat dalam kempen pusingan kedua Piala FA setelah diundi bertemu pasukan Liga Super.

Sarawak United FC diundi bertemu gergasi merah, Selangor yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Manakala Kuching FA akan menentang satu lagi pasukan Liga Super UiTM FC, juga di gelanggang lawan.

Sementara Sarawak United FC II (SUFC II) diundi bertemu Terengganu FC di Kuching.

Di atas kertas, Kuching FA dan Sarawak United FC menghadapi tugas berat kerana beraksi di gelanggang lawan. Format perlawanan ialah secara ‘kalah mati’.

Mungkin SUFC II boleh melakukan kejutan, kerana akan beraksi di gelanggang sendiri.

SUFC II layak ke pusingan kedua setelah mengalahkan Real Chukai FC 1-0 dalam aksi di Stadium Sarawak malam semalam.

Selepas mara ke final pada 2000, skuad Sarawak tidak pernah mara jauh dalam kempen Piala FA. Mereka pernah juara pada 1992 dan pernah ke final pada 1996 dan 2000.

Sementara itu, dua gergasi Kedah dan Pahang akan berentap di Stadium Darul Aman.

UNDIAN PUSINGAN KEDUA
Selangor Lwn S’wak United FC
UiTM Lwn Kuching FA
S’wak Utd FC II Lwn T’gganu FC
Kedah Lwn Pahang
Sabah Lwn K. Lumpur
KL Rovers Lwn JDT
Felda Utd FC Lwn Kelantan Utd
Melaka Lwn Langkawi City
Markless ST Lwn Armed Forces
PJ City Lwn Imigresen FC
Kuatagh FC Lwn KSR Sains
NLFC-Mahsa Lwn PDRM
Perak Lwn KT Rovers
SSFC Lwn UKM FC
Kelantan Lwn Protap
P. Pinang Lwn N. Sembilan

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU