ARTIKEL

Lampu limpah untuk padang Riveria, Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keselesaan berganda bagi pihak yang menggunakan padang bola sepak di Pusat Sukan Riveria, Debak untuk penganjuran kejohanan serta pelbagai aktiviti lain selepas ini.

Gelanggang terbabit akan dilengkapi kemudahan lampu limpah sekali gus menyaksikannya boleh diguna pakai pada sebelah malam.

Demikian dinyatakan Tmbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Terbuka Betong 2025 hujung minggu lalu.

“Padang ini akan dipasang lampu limpah tidak lama lagi. Ia pasti mencetus keceriaan kepada semua pihak yang akan menggunakannya,” ujar beliau.

Beliau percaya, adanya lampu limpah di setiap penjuru padang itu kelak dapat memberi peluang kepada golongan muda terutama mereka yang ingin mengadakan perlawanan bola sepak pada waktu malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU