ARTIKEL

FADILLAH bergambar kenangan bersama-sama rakan Ahli Parlimen seusai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa LBAS 2025 di sini, hari ini.

Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 dijadualkan berlangsung 25 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober depan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa LBAS 2025 bersama-sama ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Bangunan Parlimen.

Menurutnya, sejak mula dianjurkan pada 2008, LBAS berkembang daripada sebuah pertemuan kecil anak-anak Sarawak di Semenanjung Malaysia, menjadi salah satu acara tahunan yang paling dinanti-nantikan.

“Ia bukan sekadar program yang menghimpunkan anak-anak Sarawak, tetapi sebuah platform untuk mereka beramah mesra dengan pimpinan utama Kerajaan Sarawak,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelasnya, LBAS membuka ruang kepada pelajar dan belia Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk membina jaringan kerjaya bersama agensi dan syarikat korporat serta meraikan keunikan budaya, adat dan perpaduan masyarakat Sarawak.

“Ini seiring usaha memacu Sarawak menjadi sebuah wilayah maju berteraskan perpaduan dalam kepelbagaian menjelang 2030,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU