ARTIKEL

Hebahan LBAS 2024.

Lan Berambeh Anak Sarawak bermula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 kembali menemui dan bakal dibanjiri warga Sarawak di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, esok.

Program ini dimulakan dengan Majlis Pelancaran Pameran LBAS 2024 pada 8.30 pagi dan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Penaung Sarawak Volunteers, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kemudian, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menghadiri Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak’ yang dikendalikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni sebagai moderator pada 3 petang.

Pada sebelah malam pula, Majlis Makan Malam Anak Sarawak dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti pameran, ceramah kerjaya, ‘Kenyalang Speaks’ dan sebagainya.

Justeru, orang ramai terutamanya anak-anak Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia dijemput untuk bersama-sama ‘berambeh’ dan tidak melepaskan peluang bagi memeriahkan LBAS 2024.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU