ARTIKEL

Kredit: MOHD ALIF NONI

Lan Berambeh platform latih siswa dan siswi jadi pemimpin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penganjuran program Lan Berambeh Anak Sarawak menjadi platform kepada siswa dan siswi untuk dilatih sebagai pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan daripada mereka, khususnya dalam pendaftaran sebagai sukarelawan.

“Apabila kita buka pendaftaran, sambutan amat mengalakkan, namun kita melantik beberapa ratus sahaja.

“Mereka ini dilatih untuk mewakili Sarawak Volunteers di setiap universiti yang ada,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023.

Fadillah yang juga menteri bertanggungjawab program Lan Berambeh berkata, siswa dan siswi yang dipilih ini akan menjadi penghubung kepada anak Sarawak dan dan pemimpin dari Persekutuan dan Negeri.

“Apabila ada isu, mereka akan menjadi wakil kita untuk menjadi menghubung antara pelajar universiti di seluruh Semenanjung,” ujarnya.

Mengulas mengenai Lan Berambeh, Fadillah menjangkakan seramai 6,500 hadirin akan berhimpun di MITEC pada esok.

Katanya, pelbagai program diadakan seperti Dialog Siswa, program bersama kepimpinan Sarawak dan dialog awam bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambahnya, turut diadakan Majlis Makan Malam Anak Sarawak yang dijangka dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Abang Johari serta kepimpinan Sarawak yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU