ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan hadiah kepada pengurus pasukan Landas Cahaya Helang Tasik yang dinobatkan sebagai Raja Benak 2025. Foto: Astana Negeri Sarawak

Landas Cahaya Helang Tasik dinobat Raja Benak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Landas Cahaya Helang Tasik dinobatkan sebagai Raja Benak selepas memenangi Regata Benak Batang Lupar sempena Pesta Benak Sri Aman Edisi Ke-22 yang melabuhkan tirai hari ini.

Kemenangan dalam kategori Bidar 30 akhir itu sekali gus membolehkan pasukan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 beserta piala.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakamkan gambar bersama-sama pekayuh Landas Cahaya Helang Tasik. Foto: Astana Negeri Sarawak

Manakala Todak Berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan King Paddle GT akur di tempat ketiga, dengan kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 beserta piala.

Burung Garuda dan Mahkota Dewa Gedong yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima pula masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM2,000 beserta piala.

Acara kemuncak Pesta Benak 2025 itu turut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Yang di-Pertua Negeri seterusnya berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena majlis penutupan Pesta Benak Sri Aman Edisi Ke-22 yang berlangsung di Tebingan Sungai Batang Lupar.

Terdahulu, ketibaan Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan telah disambut mesra oleh pemimpin-pemimpin tempatan, antaranya Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, ADUN Engkelili Dr. Johnical Rayong Nyipa serta Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh.

Yang di-Pertua Negeri juga berkenan melepaskan perlumbaan perahu Bidar 30 Akhir.

Yang di-Pertua Negeri turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2025 atas penganjuran yang cemerlang.

Yang di-Pertua Negeri turut menyatakan harapan agar Pesta Benak akan terus menjadi simbol keunikan dan kebanggaan bagi komuniti Sri Aman, seterusnya memperkukuhkan peranan acara itu sebagai salah satu tarikan pelancongan utama di bahagian ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU