ARTIKEL

Langkah pelan pemulihan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan wakil penggiat industri kreatif hari ini bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana yang sedang dirangka.

Dalam catatannya di akaun Facebook, beliau berkata industri kreatif negara adalah antara sektor yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Saya menjemput wakil-wakil ini bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana yang sedang dirangka,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, antara topik yang telah dibincangkan termasuk sokongan untuk meningkatkan industri animasi Malaysia di persada antarabangsa dan galakan penggunaan teknologi industri berkaitan.

Selain itu, turut disentuh adalah sokongan kewangan kepada karyawan yang terkesan seperti pemuzik jalanan dan pelakon serta pembukaan semula pusat seni dengan prosedur operasi standard yang jelas, katanya. “(Kami turut membincangkan) langkah yang diperkenalkan oleh negara-negara lain bagi membantu industri kreatif mereka, katanya.

Tengku Zafrul berkata, kementerian itu akan mempertimbangkan pandangan dan saranan yang dikemukakan hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu adalah Datuk Ramli Ibrahim dari Sutera Foundation, June Tan (Five Arts Centre), Mohd Jaafar Ismail (Fergana), Jo Kukathas (Instant Cafe Theater), Khairul Ridzwan Annuar (MonoloQue), Mohd Nizam Abd Razak (BoBoiBoy), serta wakil daripada Balai Seni Lukis Negara dan Galeri.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan