DALAT: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah menyampaikan sijil pelantikan baharu dan penghargaan kepada 15 ketua masyarakat dan kaum semalam.

Beliau menyampaikan sijil tersebut sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina N.56 Dalat Tahun 2020 di Oya Square.

Penerima sijil pelantikan baharu bagi jawatan Ketua Kaum terdiri daripada Nazeri Senudin bertanggungjawab memimpin kawasan Kampung Sungai Kut Tengah, Dalat; Andy Sungkin Juak di Kampung Tanam Seberang; Ricky Surin di Kampung Baru; Rajeli Amit di Kampung Balan, dan Goh Lee Fong di kawasan Pasar Dalat dan Kut Bazaar.

Sementara itu, penerima sijil lanjutan Ketua Masyarakat terdiri daripada Penghulu Johari Kahar bagi kawasan Kampung Brunei, Kampung Baru, Kampung Seberang dan Kampung Baru Cina.

Manakala senarai penerima sijil lanjutan bagi jawatan Ketua Kaum terdiri daripada Ketua Kaum (KK) Mulis Jalim untuk Kampung Sungai Kut Muara, Dalat; Mohd Affendi @ Spindi Suhai di Kampung Senau, Oya; Shari Musa di Kampung Kuala Tengah, Oya; Mahrup Libeng Kampung Medong Dalat; Uprel Depit di Kampung Kekan Seberang, dan Rosli Bollhassan Kampung Bakong, Oya.

Fatimah yang juga Adun Dalat turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Saibi Sabli iaitu mantan KK Kampung Balan, Dalat; Bu Janin mantan KK Kampung Tanam Seberang Dalat dan Barthlomew Sulee mantan KK Kampung Baru Dalat.

Suara Sarawak