ARTIKEL

Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut dibawa ke Surau Salahuddin Al-Ayubi Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja hari ini untuk disolatkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM. | BERNAMA

Lapan jenazah tragedi helikopter disembahyangkan, diberi penghormatan terakhir ikut istiadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang tadi.

Van yang membawa jenazah mangsa beragama Islam itu tiba di kem berkenaan pada 4.50 petang sebaik proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selesai jam 2.20 petang sebelum dimandi dan dikafankan.

Jenazah lapan pegawai dan anggota TLDM itu disembahyangkan di Surau Jumaat Salahudin Al-Ayubi Kem 23 RAMD yang diimamkan Pegawai Staf 1 Agama Markas Tentera Laut, Lt Kol. Ahmad Kamil Abdullah. 

Sementara itu, suasana pilu dan hiba menyelubungi istiadat berkenaan dengan kehadiran waris mangsa yang mengiringi perjalanan terakhir wira negara itu.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub. 

Lapan jenazah itu ialah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Usai istiadat itu, jenazah dibawa ke destinasi yang dimohon oleh waris masing-masing untuk dikebumikan. 

Sementara itu, dua jasad bukan Muslim, iaitu Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, masing-masing akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Serdang Sitiawan dan diterbangkan ke Serian, Sarawak. 

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut apabila dua helikopter terhempas ketika raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i