ARTIKEL

A green sea turtle rests on the bottom of the Arashi reef off the coast of Noord in Aruba on November 15, 2023. (Photo by Joseph Prezioso / AFP)

Lapan kanak-kanak maut makan daging penyu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANZANIA: Lapan kanak-kanak dan seorang dewasa maut selepas memakan daging penyu di Pulau Pemba di Kepulauan Zanzibar Menurut laporan akhbar The Guardian memetik Agensi, sebanyak 78 individu lain telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai Perubatan Daerah Mkoani, Dr Bakari berkata, mangsa dewasa yang maut merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang turut mati akibat chelonitoxism.

Bakari turut memberitahu, ujian makmal telah mengesahkan semua mangsa makan daging penyu pada Selasa lalu.

Daging penyu dianggap sebagai makanan eksotik di Zanzibar, namun ia boleh menyebabkan kematian jika dimakan selalu akibat chelonitoxism, sejenis keracunan makanan.

Justeru, pihak berkuasa di Zanzibar iaitu wilayah separa autonomi di negara Afrika Timur Tanzania menghantar pasukan pengurusan bencana bagi menggesa orang ramai mengelak daripada makan daging penyu.

Pada November 2021, tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, meninggal dunia di Pemba selepas makan daging penyu, manakala tiga yang lain dimasukkan ke hospital.

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Saripah Tuah angkun ngangkat pesaka Bisaya

ANGKUN deka nyaga kereban asal raban bansa Bisaya, Saripah Tuah, 44 bejalaika dagang ngelakuka semua kereban tradisional Bisaya awakka enda punas disegang arus pemansang dunya