ARTIKEL

BAKAT MUDA... Pasukan Firdaus Constructions.

Lapan pasukan terbaik beraksi esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Saingan peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah edisi ke-57 bagi tahun 2025 bakal berlangsung esok.

ILIHAN JUARA… Barisan pemain Tarang FC.

Empat perlawanan akan diadakan, melibatkan lapan pasukan terbaik kejohanan setakat ini.

Antara pertembungan yang paling dinantikan ialah perlawanan antara dua pasukan pilihan, Tarang FC dan Firdaus Constructions, yang dijangka menjadi tumpuan peminat tempatan.

Tarang FC tampil dengan barisan pemain berpengalaman termasuk empat bekas pemain Sarawak – Paul Sambang, Hadera Bakeri, Ahmad Bujang, dan Zamberi Zainai – selain turut diperkuat bekas pemain kelab ternama, Machan FC. Sementara itu, Firdaus Constructions mempertaruhkan barisan pemain muda berbakat.

Pengerusi Kejohanan, Jalek Jaafar, memaklumkan bahawa kesemua empat perlawanan suku akhir akan berlangsung esok, dengan dua perlawanan dijadualkan pada waktu pagi dan dua lagi pada sebelah petang.

“Kita menjangkakan aksi menarik dalam saingan suku akhir esok.

“Pertembungan antara Tarang FC dan Firdaus Constructions yang dijadualkan pada jam 8:00 pagi dijangka mencuri tumpuan,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Satu lagi perlawanan pagi menyaksikan pertemuan antara Jass FC ‘B’ dan Tambirat United, yang akan berlangsung pada jam 9:15 pagi.

Menurut Jalek, dua lagi perlawanan akan berlangsung pada sebelah petang.

“Pasukan yang berjaya dalam perlawanan suku akhir ini akan melangkah ke peringkat separuh akhir,” tambahnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU