ARTIKEL

Lapan projek tingkatkan infrastruktur pertanian Beting Maro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Lapan daripada 12 projek yang dikemukakan untuk dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi Dun Beting Maro melibatkan penyediaan infrastruktur pertanian.

Adunnya Razaili Gapor berkata, pihaknya mengharapkan senarai 12 projek fasa pertama yang dicadangkan agar diluluskan dan dipertimbangkan.

“Kita memfokuskan untuk meningkatkan aktiviti pertanian.

“Maka dalam 12 projek yang dikemukakan, lapan daripadanya menumpukan kepada penyediaan infrastruktur pertanian terutama untuk menangani ancaman air masin yang menjejaskan aktiviti pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pusa yang dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Pusa Bujang Ladi di sini, hari ini.

Jelasnya, pertanian tidak dapat dibangunkan dengan sempurna jika masalah infrastruktur asasnya tidak diselesaikan terlebih dahulu.

“Kita yakin, untuk berjaya kita harus memulakannya dengan bersungguh-sungguh.

“Ini kerana potensi kawasan ini sebagai salah satu Bakul Makanan Sarawak, amat penting. Insya-Allah kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin dengan sokongan semua pihak terutama agensi kerajaan berkaitan,” ujarnya.

Tambahnya, empat lagi projek yang dicadangkan adalah untuk menambah baik kemudahan asas sedia ada.

“Kita berharap senarai yang dikemukakan mendapat kelulusan supaya rakyat di Beting Maro dapat melihat dan menikmati projek besar yang dilaksanakan di bawah BDDA.

“Juga, harapan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Di bawah peruntukan BDDA, Dun Beting Maro diagihkan dengan peruntukan RM200 juta.

Pengerusinya yang juga Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada pertengahan Mac lalu menyatakan, senarai penuh projek peringkat pertama BDDA bernilai RM740 juta sedang menunggu keputusan Setiausaha Kewangan Negeri (SFS).

Tegas Uggah, BDDA bersedia untuk memulakan pelaksanaan projek yang disenarai dalam peringkat pertama.

Menurutnya, kesemua Adun telah memuktamadkan projek mengikut keutamaan masing-masing peringkat pertama yang menelan kos lebih RM740 juta.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC