Lapangan terbang Lawas kembali beroperasi seperti biasa

LIMBANG: Lapangan terbang Lawas kembali beroperasi seperti biasa bermula pagi tadi.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Syarikat Mas Wing melalui laman Facebook rasmi miliknya.

“Kami gembira untuk berkongsi bahawa Lawas STOLport telah dibuka semula pagi tadi.

“Penumpang dinasihatkan untuk memeriksa jadual penerbangan terkini dengan syarikat penerbangan,” ujar syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Penerbangan pertama mendarat dengan selamat pagi tadi seperti yang dijadualkan.