ARTIKEL

Wee melakukan pemeriksaan di Jalan Pending bersama-sama pegawai TM. | Foto: UKAS

Laporkan segera penutup lubang pembetung hilang atau rosak – Wee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng bersama-sama pegawai Telekom Malaysia (TM) melakukan pemeriksaan di Jalan Pending susulan aduan mengenai penutup lubang pembetung yang hilang.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), enam daripada lapan lubang pembetung yang dikenal pasti sebelum ini telah dibaiki dan dipasang penutup pada hari ini.

Datuk Wee memuji tindakan pantas serta proaktif TM menangani isu tersebut, sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki terjamin.

Beliau berkata, MBKS akan terus memantau lokasi yang mempunyai lubang pembetung tanpa penutup bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera.

“Keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan kami,”tegasnya.

Beliau turut menggesa orang awam melaporkan sebarang penutup lubang pembetung yang hilang atau rosak menerusi Aplikasi iPeople, Talikhidmat atau menghubungi MBKS di talian 082-238080.

BERITA LAIN

DUN ngemendar RM120 juta ungkup Belanja Tambah 2026

KUCHING: Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak ngemendarka Rang Undang-Undang (RUU) Belanja Tambah 2026 enggau RM120.003 juta. Sapit Premier Sarawak ke mega Menteri Wang enggau Ekonomi Baru

BERITA TERBARU

DUN ngemendar RM120 juta ungkup Belanja Tambah 2026

KUCHING: Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak ngemendarka Rang Undang-Undang (RUU) Belanja Tambah 2026 enggau RM120.003 juta. Sapit Premier Sarawak ke mega Menteri Wang enggau Ekonomi Baru